Bagaimana Dapat Mengelakkan Anak Anda Terjebak Hutang PTPTN?
Bagaimana Mengelakkan Anak Anda Terjebak Hutang PTPTN? Menjadi tanda tanya di kalangan ibu bapa, bila hendak bermula untuk simpanan anak ke univeriti? Adakah simpanan perlu dimulakan apabila anak telah memasuki zaman persekolahan ataupun semenjak anak baru berumur 1 tahun? Untuk mendapatkan jawapan yang tepat – mari kita tinjau simulasi kajian kes berikut. Simulasi Case Study Ikutilah keputusan 2 simulasi dimana: Encik A – membuat simpanan RM200 setiap bulan selama 10 tahun semenjak anak berumur 1 tahun, Encik B – memulakan simpanan RM200 setiap bulan selama 10 tahun, tetapi apabila anak telah berumur 11 tahun. Mereka telah membuat simpanan dengan jumlah yang sama, serta jangka masa yang sama. Tetapi hanya masa mula yang berbeza. Encik A memulakan simpanan RM200 setiap bulan selama 10 tahun semasa anaknya berumur 1 tahun. Dengan kadar dividen purata 4.25%… pada tahun ke-20 semasa anaknya melangkah ke universiti – jumah simpanan dengan dividen menjangkau RM46 ribu! ...