Bagaimana Dapat Mengelakkan Anak Anda Terjebak Hutang PTPTN?



Bagaimana Mengelakkan Anak Anda Terjebak Hutang PTPTN?

Menjadi tanda tanya di kalangan ibu bapa, bila hendak bermula untuk simpanan anak ke univeriti? Adakah simpanan perlu dimulakan apabila anak telah memasuki zaman persekolahan ataupun semenjak anak baru berumur 1 tahun?

Untuk mendapatkan jawapan yang tepat – mari kita tinjau simulasi kajian kes berikut. 



Simulasi Case Study

Ikutilah keputusan 2 simulasi dimana:
Encik A – membuat simpanan RM200 setiap bulan selama 10 tahun semenjak anak berumur 1 tahun,
Encik B – memulakan simpanan RM200 setiap bulan selama 10 tahun, tetapi apabila anak telah berumur 11 tahun.

Mereka telah membuat simpanan dengan jumlah yang sama, serta jangka masa yang sama. Tetapi hanya masa mula yang berbeza.



Encik A memulakan simpanan RM200 setiap bulan selama 10 tahun semasa anaknya berumur 1 tahun. Dengan kadar dividen purata 4.25%… pada tahun ke-20 semasa anaknya melangkah ke universiti – jumah simpanan dengan dividen menjangkau RM46 ribu!


Encik B memulakan simpanan RM200 setiap bulan selama 10 tahun semasa anaknya berumur 11 tahun. Dengan kadar dividen purata 4.25%… pada tahun ke-20 semasa anaknya melangkah ke universiti – jumah simpanan dengan dividen hanya baru mencapai RM30 ribu?


Adakah anda telah jumpa perbezaannya? Bagaimana Encik A telah berjaya menggandakan simpanan lebih banyak daripada Encik B?

Jawapannya terletak pada “compound interest“. Dengan menyimpan lebih awal – Wang simpanan Encik A telah berganda kerana dividen ke atas dividen yang berterusan selama 20 tahun berbanding Encik B hanya sempat menikmati faedah compound interest selama 10 tahun sahaja.



Apakah Compound Interest?

Compound interest ialah faedah berganda kepada jumlah asas deposit ataupun dengan erti kata lain faedah ke atas faedah. Ia adalah hasil daripada melaburkan semula faedah (selain daripada membelanjakan faedah). Oleh itu jumlah faedah untuk kitaran seterusnya adalah berdasarkan jumlah simpanan asas terkumpul dan juga jumlah faedah terkumpul. Fakta menunjukkan lebih awal meyimpan adalah lebih bagus kerana bak kata pepatah orang tua “Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit”. Mulakan simpanan universiti anak anda sekarang untuk mengelakkan anak-anak anda dibebani HUTANG PTPTN setelah tamat Universiti nanti.

Jom sertai! Buka akaun SSPN1M-i Plus sekarang demi memastikan matlamat kewangan pendidikan anak anda tercapai dengan lebih mudah. Penerimaan setiap penyertaan dijamin (kecuali Pakej Berlian) dan pemeriksaan kesihatan tidak diperlukan. Klik di bawah sekarang untuk buka akaun atau penambahan deposit SSPN1M-i Plus