Keistimewaan SSPN1M-i Plus

SSPN1M-i Plus ialah suatu PELAN SIMPANAN JANGKA PANJANG khusus untuk BELANJA UNIVERSITI anak-anak anda.


Terdapat pelbagai keistimewaan yang dinikmati oleh pendeposit SSPN1M-i Plus:

1. Pelepasan Cukai Pendapatan

Berita baik untuk warganegara Malaysia yang membayar cukai kepada LHDN. Anda layak mendapatkan potongan untuk pendapatan bercukai sebanyak RM12,000.00.

Bagaimana boleh untuk mendapatkan pelepasan cukai sehingga RM12k?

RM6,000.00 (maksima) untuk “Tabungan Skim Simpanan Nasional”
RM6,000.00 (maksima) untuk caruman takaful di bawah “Insurans Nyawa dan KWSP”

Dengan erti kata lain, anda mendapat “cashback” untuk deposit. Sebahagian simpanan untuk anak anda DITANGGUNG oleh Kerajaan. Cepat Buka Akaun deposit SSPN-i Plus, kerana tahun depan kerajaan akan cover balik duit sebahagian simpanan anda.

Dibawah ialah sampel borang e-Filing LHDN dimana anda boleh membuat tuntutan RM6,000 akaun SSPN.



Seterusnya, sedutan dimana ada boleh mengisi di dalan e-Filing tuntutan RM6,000 – insurans nyawa. Jumlah tertakluk kepada sumbangan takaful di dalam akaun SSPN-i +Plus.



2. Dividen Simpanan Kompetitif

Pada tahun 206 dan 2017, kadar dividen SSPN-i yang diumumkan oleh PTPTN adalah sebanyak 4% untuk setiap akaun yang dibuka.

Dengan dividen yang kompetitif begini dengan anggapan ekonomi Malaysia yang terus berkembang anda boleh mencapai unjuran simpanan sehingga RM103K dalam masa 20 tahun dengan Pakej Nilam.

3. Simpanan Dijamin Kerajaan

Kerajaan Malaysia akan menggantikan semula wang anda sekiranya organisasi SSPN1M-i atau PTPTN ditutup, disahkan bankrap atau mengalami kerugian. Oleh itu deposit di SSPN1M-i tidak lebur begitu sahaja seperti nasib yang berlaku kepada peserta Skim Cepat Kaya.

4. Manfaat Takaful

Lengkapkan pelan simpanan dengan “BACK-UP PLAN”. Sekiranya terjadi perkara yang tidak diingini kepada pendeposit, pampasan takaful dapat membantu belanja anak ke universiti.

5. Perlindungan Takaful SSPN1M-i Plus Sehingga RM1 JUTA

Pelan Pakej Berlian memberikan manfaat sehingga RM1,000,000.00 sekiranya berlaku kematian ke atas pendeposit.

6. Cabutan Wow SSPN1M-i Plus

CABUTAN WOW! SSPN1M-i PLUS 2018 KEMBALI LAGI!!!!!
SIMPAN & MENANG DALAM SSPN1M-i PLUS BERJUMLAH RM2,000,000!

Biar betul! Haaa jangan tak percaya! Menangi Cabutan WOW! 2018 yang menawarkan hadiah pakej pelancongan keluarga dan ganjaran tunai berjumlah RM2,000,000. Seramai 4,300 orang pemenang berpeluang menang hadiah hebat ini. Bestnya!

Dengan satu simpanan, anda layak 3 Cabutan WOW! SSPN1M Plus iaitu cabutan (Bulanan), (Sukuan) dan (Tahunan).

Menariknya! Nak menang hadiah hebat ini? Anda hanya perlu buat simpanan sekurang-kurangnya RM50 mulai 1 Mac 2018 – 31 Disember 2018 .

Setiap RM50 yang anda simpan akan layak dapat 1 cabutan! Simpan lebih, peluang menang pun lebih!!

Jadi jangan tunggu lagi, rebut peluang menang hadiah istimewa ini. Mulakan simpanan anda sekarang! Layari www.sspn1m.info


7. Simpanan Patuh Syariah

Status halal bagi produk simpanan dan takaful SSPN-i Plus telah mendapat pengesahan syariah oleh Islamic Banking and Financial Institution of Malaysia (IBFIM). Kontrak Wakalah – untuk skim takaful perlindungan pendeposit. Wakalah Bil Istithmar – diamalkan dalam pengurusan akaun simpanan.

8. Khairat Kematian – (funeral expenses)

Sebanyak RM2,500.00 hingga RM18,000.00 diperuntukkan untuk khairat kematian yang meliputi pendeposit atau ahli keluarga terdekat. Untuk makluman – khairat kematian tersebut melindungi pendeposit, pasangan dan termsuk sehingga 3 orang anak.

9. Elaun Harian Hospital

Pendeposit layak menerima RM20 hingga RM200 elaun harian hospital berdasarkan pelan yang diambil sekiranya terpaksa bermalam di mana-mana hospital.


10. Takaful – Tidak Perlu Pemeriksaan Kesihatan

Scara umumnya bakal perserta tidak dikehendaki membuat pemeriksaan kesihatan untuk melayakkan diri untuk manfaat takaful. Walau bagaimanapun perserta dikehendaki menjawab 3 soalan untuk Pakej Berlian. Sekiranya terdapat “Ya” di antara soalan tersebut, pemohon dikehendaki memilih pakej lain.

11. Layak Memohon Pinjaman PTPTN

Pihak PTPTN telah menetapkan syarat pembukaan akaun SSPN sebagai syarat kelayakan pinjaman pendidikan.

12. Serendah RM30 Sebulan

Jumlah deposit minimum bulanan adalah serendah RM30. Oleh itu dengan formula simpanan RM1 sehari, pendeposit boleh menyimpan sambil menerima manfaat takaful.

13. Perbankan Internet/FPX, Kad Debit/Kredit diterima

Buka akaun secara mudah pada bila-bila masa dengan kaedah pembayaran on-line. Bayaran bulanan melalui kad kredit atau perbankan internet FPX diterima.

14. Simpan Konsisten – Potongan Gaji / Auto-debit

(Tips tekini!) Bina tabung pendidikan anak anda dengan konsisten tanpa perlu urusan setiap bulan – Dengan menyatakan maklumat potongan gaji atau no akaun bank – SSPN1M-i Plus adalah setup & forget. Potongan Gaji – Kakitangan kerajaan. Auto-debit – Sektor Swasta: Maybank, CIMB, RHB, Bank Islam, Bank Rakyat, …

15. Jaminan Wang Dikembalikan

(Tips!) Sekiranya berubahh fikiran. Anda boleh menutup akaun dalam masa 15 hari. Pulangan deposit 100%.

Daftar SSPN1M-i Plus Hari Ini dan Nikmati Kelebihan Berganda. Oleh itu, jangan berlengah lagi. Mula menabung hari ini dan nikmati kelebihan berganda. Menabunglah untuk masa depan anak-anak dan keluarga yang tersayang. Peroleh ketenangan fikiran dengan skim takaful dan simpanan auto-debit.

Mula Menabung SSPN1M-i Plus Klik Sini

Layari www.sspn1m.info untuk maklumat lanjut. SENANGKAN!
.
Simpan, Simpan, Simpan, Jaminan Masa Depan!
Jom cepat share kepada rakan-rakan!!